Wednesday, January 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern tundukkan Bremen

    BERLIN, 7 MEI – Serge Gnabry menjaringkan gol keduanya dalam dua perlawanan untuk membantu Bayern Munich menang 2-1 ke atas Werder Bremen hari ini, merapatkan jurang mereka untuk merebut gelaran Bundesliga ke-11 berturut-turut.

    Gnabry menjaringkan gol pembukaan ketika Bayern bertarung untuk meraih kemenangan sukar yang mengukuhkan cengkaman mereka di tempat pertama sekali gus memberi tekanan kepada Borussia Dortmund dalam perebutan gelaran.

    Pendahulu liga kini empat mata di depan Dortmund, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan menentang Wolfsburg hari ini.

    “Kami telah melakukan tugas kami dan kami memiliki kelebihan mata yang bagus sekarang. Ia tidak mudah untuk mereka menentang Wolfsburg,” kata Gnabry.

    Bayern mengalami kesulitan pada separuh masa pertama dan bernasib baik tidak bolos apabila Christian Gross meledak rembatan pada minit ke-35.

    Sadio Mane hampir meletakkan juara di hadapan selepas rehat, tetapi selepas sejam perlawanan berlangsung, Gnabry memecah kebuntuan dengan menfaatkan bola di kawasan penalti dan menjaringkan gol untuk menewaskan penjaga gol Bremen, Jiri Pavlenka.

    Leroy Sane menambah gol kedua dari bangku simpanan sepuluh minit kemudian, sebelum Niklas Schmidt menjaringkan gol dengan percubaan jarak jauh yang menakjubkan.

    Tetapi itu tidak mencukupi untuk Bremen mengelak kekalahan ke-13 berturut-turut kepada Bayern di tempat sendiri sejak 2009.

    “Kami perlu bermain sepenuhnya tanpa ego dalam beberapa perlawanan terakhir. Sekarang semuanya bergantung pada kita untuk menyelesaikan tugas,” kata jurulatih Bayern, Thomas Tuchel. – AFP

    Aksi Serge Gnabry (kiri) semasa perlawanan bola sepak Bundesliga di Bremen, Jerman, Sabtu, 6 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda