Thursday, May 9, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Berjaya agih 480 barangan asasi

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Berjaya Sdn Bhd, pengedar tunggal Poer, Haval dan GWM Tank 300 di Brunei kelmarin telah mengadakan kempen GWM Drive for a Good Cause sempena bulan Ramadan.

    Semasa kempen tersebut lebih kurang 480 barangan asasi telah diagihkan kepada keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik di Kampung Melilas, Daerah Belait.

    Perjalanan menuju ke destinasi sumbangan telah diketuai oleh Pengurus Jualan Berjaya Sdn Bhd, Kelly Chin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Berjaya Sdn Bhd, hari ini, sebanyak 13 buah kenderaan, termasuk tiga buah GWM Tank 300 yang ikonik, lapan buah Poer, dan sebuah Haval H6 GT digunakan untuk mengangkut barang keperluan kepada keluarga-keluarga berkenaan di Rumah Panjang Kampung Melilas, Belait.

    Perjalanan itu menyaksikan 13 buah kenderaan GWM pelbagai model berkenaan merentasi beberapa kawasan berliku dengan membawa barangan asasi seperti beras, minuman, makanan dalam tin, keropok dan mi segera.

    Perjalanan kempen amal berkenaan telah diakhiri dengan acara berbuka puasa di salah sebuah hotel di Kampung Jerudong.

    Kelly Chin menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga semasa kempen tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara kenderaan yang mengambil bahagian dalam kempen tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...