Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    MYSaveFood Ramadan berjaya kumpul 99.48 lebihan makanan

    KOTA KINABALU, 26 MAC – Pelaksanaan hari pertama program Malaysia Save Food Ramadan (MYSaveFood) 2024 di Keningau semalam berjaya mengumpul sebanyak 99.48 kilogram lebihan makanan dan minuman di bazar Ramadan kawasan itu, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah, Georgie Abas.

    Beliau berkata, lebihan makanan yang dikumpulkan oleh sukarelawan Gerakan Pengguna Siswa Geomatika Kolej Keningau (GCK) itu diagihkan ke Pusat Tahfiz Anak-anak Yatim Ar Rahmah Keningau dan pelajar-pelajar GCK melibatkan 100 penerima.

    Beliau berkata, program itu bertujuan memupuk dan membudayakan sistem pengurusan lebihan makanan yang lebih berkesan dalam usaha mengurangkan pembaziran terutama pada bulan Ramadan.

    “Program ini merupakan usaha sama pihak KPDN, Gerakan Pengguna Siswa GCK dan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia,” kata Georgie menerusi kenyataan di sini, hari ini. Beliau berharap usaha seperti ini dapat disebarluaskan ke daerah lain dalam mengurangkan lebihan makanan dan sisa khususnya di bazar Ramadan negeri Sabah.

    Dalam lawatan tinjauan pelaksanaan program berkenaan, Georgie turut meninjau pelaksanaan kaedah e-dompet dalam kalangan peniaga bazar Ramadan dan mendapati 98 peratus peniaga telah mengadaptasi kaedah pembayaran tanpa tunai itu. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...