Thursday, May 9, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    GoMamam rai lebih sejuta tempahan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – GoMamam, platform e-dagang terkemuka Brunei, telah meraikan lebih sejuta tempahan menjelang minggu pertama bulan ini.

    Menurut GoMamam, pencapaian luar biasa berkenaan menunjukkan komitmennya untuk menyediakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang mudah kepada masyarakat.

    Dengan satu juta tempahan dicapai, GoMamam bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai platform e-dagang terkemuka tetapi juga menunjukkan keupayaannya untuk memenuhi pelbagai keperluan asas pelanggannya.

    Syarikat itu kekal komited terhadap inovasi dan kebolehcapaian, terbukti melalui lokasi syarikat yang dilancarkan baru-baru ini di Kampong Ayer sejurus selepas meraikan ulang tahun ke-4.

    Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama GoMamam, Awang Hadi Wahab dipetik berkata, “Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa GoMamam kini telah mencapai lebih satu juta tempahan pada Mac 2024 dan kami telah mencapai satu kejayaan yang patut diraikan dengan seluruh Brunei.

    “Ini telah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pelanggan setia kami, rakan kongsi perniagaan lama, penghantar dan seluruh pasukan GoMamam dalam mencapai matlamat ini. Setinggi-tinggi penghargaan kami kepada semua pihak berkepentingan atas pencapaian penting ini untuk GoMamam,” ujarnya.

    Sementara itu, CFO dan Pengasas Bersama GoMamam, Awang Hadi Adanan pula berkata, terdapat banyak pengalaman yang dialami sepanjang empat tahun beroperasi dan mereka teruja dengan apa yang akan berlaku pada tahun-tahun mendatang.

    “Ketahanan dan ketabahan adalah kunci untuk berkembang bersama sebagai sebuah negara yang bijak dan kami berterima kasih atas sokongan yang telah diberikan kepada GoMamam,” tambahnya.

    GoMamam bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai platform e-dagang terkemuka tetapi juga menunjukkan keupayaannya untuk memenuhi pelbagai keperluan asas pelanggannya. – GAMBAR SERAHAN GOMAMAM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...