Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat ke Pangkalan Tentera Laut Changi

    Gambar Infofoto

    SINGAPURA, 5 OGOS – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Pangkalan Tentera Laut Changi, Tentera Laut Republik Singapura (RSN), pagi tadi.

    Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Pusat Krisis Maritim Singapura (SMCC) dijunjung oleh Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan dan Tenaga Manusia, Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad; Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Aaron Beng; dan Commander Maritime Security Taskforce, Laksamana Muda Yong Wei Hsiung.

    Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya disembahkan taklimat mengenai Whole of Government Maritime Security Concept dan Singapore’s Strategy for Safeguarding Maritime Security yang antara lainnya menerangkan kepentingan untuk mengenal pasti ancaman lebih awal, dengan memberi perhatian kepada perkongsian maklumat serta menyelaras antara agensi dengan lebih rapat.

    Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berangkat menaiki Kapal Misi Pesisir (LMV) RSS Sovereignty, di mana Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Commander of the Second Flotilla, Leftenan Kolonel Kanan Ricky Low.

    Kapal itu adalah sebuah aset RSN yang direka khas untuk menepati keperluan operasi dan menggunakan teknologi terkini yang dapat menjadikan sistem operasi keseluruhan lebih cekap.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Pangkalan Tentera Laut Changi, Tentera Laut Republik Singapura (RSN), kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan dijunjung bergambar ramai di atas Kapal Misi Pesisir (LMV) RSS Sovereignty.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah semasa berkenan menaiki Kapal Misi Pesisir (LMV) RSS Sovereignty.

    Semasa di LMV RSS Sovereignty, Duli Yang Teramat Mulia disembahkan taklimat mengenai latar belakang kapal tersebut dan kawasan operasi Maritime Security (MARSEC) Singapura.

    Ini diikuti dengan lawatan ke beberapa bahagian di kapal berkenaan seperti Integrated Command Centre serta menyaksikan demonstrasi operasi pencegahan secara Whole of Government Approach dengan melibatkan Polis Pengawal Pantai (PCG); Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF); Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dan RSN.

    Sebelum mengakhiri lawatan, Duli Yang Teramat Mulia disembah kenalkan kepada tiga pegawai daripada agensi keselamatan kerajaan Negara Brunei Darussalam yang merupakan sebahagian daripada 201 International Liaison Officers daripada 26 buahnegara yang menjalani penempatan kerja di Information Fusion Centre.

    Di pusat berkenaan, para pegawai berpeluang untuk mempelajari amalan terbaik daripada agensi keselamatan Republik Singapura dan seterusnya dapat diguna pakai di negara masing-masing pada masa akan datang.

    Lawatan itu juga bertujuan untuk mengembangkan lagi kerjasama pertahanan serta berkongsi ilmu pengetahuan dalam bidang maritim dan keselamatan serantau.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...