Wednesday, May 8, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Berkenan ke majlis khatam Yayasan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) petang tadi, berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadan 1445H di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan.

    Menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku ahli Jemaah Tadbir Yayasan; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Pemangku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan; dan Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan.

    Pada tahun ini, seramai 30 orang pegawai dan kakitangan Yayasan menyertai majlis khatam Al-Quran berkenaan.

    Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan takhtim Al-Quran yang dipimpin oleh Guru Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB), Dr Haji Samsul Muawan bin Haji Shodiq.

    Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Khatam dan Doa Selamat oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustapa bin Haji Murad.

    Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan majlis berbuka puasa dan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah.

    Juga hadir pada majlis berkenaan ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan dan Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA), para jemputan, pegawai dan kakitangan Yayasan serta guru-guru Sekolah YSHHB.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadan 1445H anjuran Yayasan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan sama-sama menunaikan solat Fardu Maghrib berjemaah. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH : Antara yang hadir pada majlis keagamaan yang berlangsung Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...