Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Pupuk keharmonian keluarga dalam masyarakat

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Membentuk sebuah keluarga yang bahagia sememangnya menjadi tanggungjawab semua, kerana dengannya ia berupaya mewujudkan masyarakat harmoni.

    Keharmonian hidup berkeluarga menjadi impian semua lebih-lebih lagi dalam suasana yang aman damai, tenteram dan tenang dihiasi lagi dengan sikap dan sifat hormat- menghormati, bersopan santun, pemedulian, tidak camah mata serta berawar galat.

    Perkara berkenaan ditekankan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh semasa menyampaikan ucapan selaku tetamu kehormat pada Majlis Perhimpunan Keluarga Jalinan Kasih Aidilfitri Generasi Allahyarhamah Dayang Damit binti Abdul Rahman dan Allahyarham Awang Safar bin Pehin Orang Kaya Digadong Awang Aminuddin yang berlangsung di Dewan Salma 1, Kompleks Impiana Jaya, Kiulap, baru-baru ini.

    Yang Berhormat Datin seterusnya berkata, “Natijah dari semua ini wujudlah sifat berkasih sayang yang merupakan fitrah semula jadi yang Allah kurniakan dalam naluri setiap insan.

    “Pertemuan kita hari ini bertepatan pula dengan minggu pertama Mei yang telah diisytiharkan sebagai Hari Keluarga Kebangsaan di Negara Brunei Darussalam sejak tahun 2012 yang lalu,” ujarnya.

    Majlis yang diraikan dengan penuh kesyukuran itu telah menghimpunkan lebih 400 orang ahli keluarga daripada tujuh generasi yang antaranya bertujuan agar generasi penerus keluarga mengenali kedudukan talian persaudaraan melalui carta salasilah yang telah dihasilkan di samping menyemai semangat kekeluargaan yang tinggi sekaligus mengekalkan rasa muhibah dalam kalangan ahli-ahli keluarga.

    Majlis turut diselajurkan dengan sambutan hari raya serta penyampaian derma anak-anak yatim serta hadiah-hadiah kepada golongan usia emas yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

    Berbagi rezeki dengan sampul raya kepada golongan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan cabutan bertuah juga menyerikan majlis.

    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah bersama suami hadir semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN AJK JALINAN KASIH AIDILFITRI GENERASI ALLAHYARHAMAH DAYANG DAMIT DAN ALLAHYARHAM AWANG SAFAR
    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah menyampaikan hadiah kepada salah seorang warga emas. – GAMBAR SERAHAN AJK JALINAN KASIH AIDILFITRI GENERASI ALLAHYARHAMAH DAYANG DAMIT DAN ALLAHYARHAM AWANG SAFAR

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Everest ditemui

    KATHMANDU, 19 MEI - Pasukan penyelamat menemui mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Gunung Everest, menurut penganjur ekspedisi, hari ini, sekali gus mengesahkan...