Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap Menteri Luar Australia

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Australia, Puan Yang Terutama Penny Wong, di Istana Nurul Iman.

    Pada majlis itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan PYT Penny Wong telah berbincang mengenai pengukuhan kerjasama dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Australia.

    Menyertai bersama Puan Yang Terutama pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Luke Arnold.

    PYT Penny Wong berada di negara ini bagi lawatan dua hari.

    Hubungan rapat Negara Brunei Darussalam dan Australia telah lama terjalin sejak Mei 1984, di mana kedua-dua buah negara bekerjasama secara meluas dalam bidang perdagangan dan pelaburan, tenaga, akuakultur dan pertanian serta pertahanan.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Australia, PYT Penny Wong di Istana Nurul Iman, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima pesambah daripada PYT Penny Wong semasa majlis mengadap di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Infofoto

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...