Wednesday, May 22, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Berkenan terima junjung ziarah

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, kelmarin, berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada pembesar-pembesar negara, orang-orang kenamaan serta diplomat dan VVIP dalam Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Nurul Iman.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik serta Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen serta Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah serta Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja.

    Seperti lazimnya, junjung ziarah para pembesar negara yang terdiri daripada pengiran-pengiran cheteria, menteri-menteri kabinet dan timbalan menteri, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, para diplomat dan perwakilan asing ke negara ini, setiausaha-setiausaha tetap juga para pegawai kanan kerajaan bersama isteri masing-masing, kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri diadakan pada 1 Syawal selepas sembahyang Sunat Aidilfitri, mencerminkan kemesraan dan ketulusan dalam mengukuhkan hubungan serta melahirkan rasa muhibah yang sudah sekian lama terjalin.

    Pada majlis itu, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja telah berkenan menerima sembah ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada para pembesar negara dan perwakilan-perwakilan negara-negara sahabat di Negara Brunei Darussalam.

    Pada masa yang sama, menerusi majlis itu, para pembesar negara dan perwakilan negara-negara sahabat berpeluang untuk beramah mesra dengan rakan sejawatan mereka.

    Para tetamu turut disajikan pelbagai aneka juadah hari raya yang sudah setentunya menambahkan lagi rasa kesyukuran dan kegembiraan menyambut hari kemenangan bagi umat Islam.

    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Nurul Iman pada 1 Syawal. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan beramah mesra bersama para jemputan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Baginda Sultan dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan beramah mesra bersama pembesar-pembesar negara. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Baginda Raja Isteri, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah berkenan menerima junjung ziarah pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan bergambar ramai bersama jemputan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan menerima junjung ziarah daripada pembesar-pembesar negara. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen serta YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah berkenan berangkat pada majlis itu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir bersama YAM Tengku Amalin A’ishah Putri, YAM Pengiran Anak Hajah Ruqiyah Mataul Bulqiah dan YAM Pengiran Anak Dr Mansurah Izzul Bolkiah. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    YAM Pengiran Bini Hajah Faizah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berkenan berangkat pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam berkenan bergambar ramai pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    YAM Pengiran Muda Abdul Qawi, YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min dan YAM Pengiran Muda Omar Ali serta YAM Pengiran Anak Khaliilah Khalilatul Bolqiah hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...