Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Biden harap jalin kerjasama dengan presiden baharu Korea S

    WASHINGTON, 10 MAC – Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengucapkan tahniah kepada Presiden Korea Selatan yang baharu dilantik Yoon Suk Yeol, dengan Presiden Joe Biden berharap untuk menjalin kerjasama dengan pemimpin baharu itu.

    “Kami mengucapkan tahniah kepada Presiden Yoon Suk Yeol,” jurucakap Rumah Putih memberitahu agensi berita Yonhap menerusi e-mel.

    “Hubungan antara AS dan Korea Selatan, menerusi kerjasama ekonomi dan rakyat sangat utuh.”

    Kenyataan itu dikeluarkan selepas pendakwa raya yang bertukar profesion menjadi ahli politik itu diumumkan pemenang pilihan raya presiden Korea Selatan, pada Rabu (waktu Seoul).

    “Presiden Biden berharap untuk terus bekerjasama dengan pemimpin baharu dilantik itu untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara,” tambah pegawai Rumah Putih itu. Yoon akan memulakan tugasnya secara rasmi pada 10 Mei.

    Pemimpin AS itu dijangka melawat Korea Selatan pada Mei sebagai sebahagian daripada rangka lawatan ke Asia, termasuk menghadiri sidang kemuncak Quad di Jepun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...