Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Binotto undur diri

    PARIS, 30 NOV – Mattia Binotto telah meletakkan jawatan sebagai ketua pasukan gergasi Formula 1 (F1), Ferrari, umum pengeluar dari Itali itu pada Selasa, yang akan mengumumkan penggantinya pada tahun depan.

    “Ferrari NV mengumumkan bahawa syarikat telah menerima surat peletakan jawatan Mattia Binotto yang akan meninggalkan peranannya sebagai Ketua Pasukan Scuderia Ferrari pada 31 Disember.”

    Binotto, 53, warga Itali yang lahir di Switzerland telah bersama Ferrari selama hampir tiga dekad, meningkat naik hingga ke jawatan ketua pasukan pada 2019 selepas bermula sebagai jurutera.

    Khabar angin mengaitkan masa depan Binotto dengan perlumbaan penghujung musim, GP Abu Dhabi awal bulan ini selepas pasukan itu gagal untuk memberikan cabaran kepada pasukan Red Bull.

    “Dengan penuh penyesalan, saya mengambil keputusan untuk menamatkan kerjasama saya dengan Ferrari,” kata Binotto dalam satu kenyataan.

    “Saya meninggalkan syarikat yang saya cintai, yang telah menjadi sebahagian daripada diri saya selama 28 tahun, dengan penuh ketenangan yang datang daripada keyakinan bahawa saya telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

    “Saya meninggalkan pasukan yang bersatu dan berkembang. Pasukan yang kuat, bersedia (saya pasti) untuk mencapai cita-cita dan saya ucapkan selamat maju jaya.”

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ferrari, Benedetto Vigna berkata Binotto telah mencapai banyak perkara termasuk menjadikan Ferrari berdaya saing.

    “Saya mahu berterima kasih kepada Mattia atas sumbangannya yang besar selama 28 tahun bersama Ferrari khususnya dalam membantu pasukan untuk berdaya saing semula sejak tahun lepas,” kata Vigna. – AFP

    Gambar fail yang diambil pada 3 September 2022 menunjukkan ketua pasukan Ferrari, Mattia Binotto berjalan di paddock di Litar Zandvoort, GP Belanda. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...