Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Brunei komited capai SDG, Agenda 2030

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Negara Brunei Darussalam terus komited memainkan peranannya dalam komitmen global untuk mencapai Matlamat Pembangunan Berdaya Tahan (SDG) dan Agenda 2030.

    Salah satu mesej utama yang ditekankan semasa Voluntary National Review (VNR) pertama bagi Negara Brunei Darussalam pada 2020 adalah Brunei akan mencapai SDG melalui penyelarasannya dengan wawasan 2035.

    Perkara tersebut antara yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa perasmian Bengkel Kebangsaan bagi VNR ke-2 di Dewan Kuliah, JPM, hari ini.

    Beliau turut menambah pada 2023, Brunei akan menyampaikan Laporan VNR ke-2 yang akan mengetengahkan pencapaian dan cabaran yangtelah dihadapi sejak VNR terdahulu.

    Oleh itu, JPM sebagai agensi tumpuan kebangsaan bagi memantau pelaksanaan SDG bermatlamat untuk melaporkan maklumat dan data terkini mengenai perkembangan SDG serta juga tindakan pemulihan pasca pandemik bagi sektor-sektor utama dalam memperoleh kembali dan mempercepatkan semula perkembangan berdekad-dekad.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa menyampaikan ucapan pada majlis perasmian bengkel tersebut, kelmarin.

    “Melalui kanta entiti sektor awam, swasta dan organisasi bukan kerajaan, kita akan mempunyai kisah seluruh negara dalam memacu agenda kemapanan,” jelas Yang Berhormat Dato.

    Dalam persediaan untuk VNR, jelas Yang Berhormat Dato, kita mengambil maklum satu kelemahan adalah ketersediaan data dan pentingnya pengumpulan data yang mantap kerana kita memerlukan sumber data yang boleh dipercayai bagi penggubalan dasar.

    Oleh itu, beliau menyatakan bahawa tindakan segera untuk mengukuhkan keupayaan data telah membuahkan hasil dengan kerjasama kukuh dengan United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific.

    “Kita pada masa ini sedang membangunkan indikator keutamaan SDG untuk Brunei Darussalam yang bakal dimuat naik ke dalam sistem repositori data yang dikenali sebagai SDG Tracker,” jelas Yang Berhormat Dato lagi di mana ia akan memajukan lagi keupayaan pemantauan kita.

    Satu lagi persiapan ialah semakan kemajuan menerusi rekod VNR pertama yang dikendalikan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan (JKPK) bagi SDG.

    Salah satu dapatan awal telah mengetengahkan bagaimana pencapaian kebangsaan dalam SDG bergantung pada pendekatan seluruh negara.

    Yang Berhormat Dato berkata, dapatan itu menunjukkan bahawa ia memerlukan kolaborasi yang lebih rapat dan bermakna antara agensi-agensi kerajaan dan aktor-aktor bukan kerajaan khususnya organisasi bukan kerajaan, organisasi masyarakat awam, sektor swasta dan ahli-ahli akademik.

    Mengulas mengenai Bengkel Kebangsaan bagi VNR ke-2, Yang Berhormat Dato berkata dalam mengenal pasti akan nilai pendekatan seluruh negara, bengkel berkenaan bermatlamat untuk mengumpulkan kisah-kisah kejayaan.

    Selain itu, ia juga menghimpunkan cabaran segmen-segmen berlainan masyarakat Brunei sebagai input bagi laporan VNR ke-2 yang menyediakan gambaran benar mengenai perkembangan SDG masa kini di Brunei.

    Beliau menaruh harapan tinggi suasana inklusif dalam bengkel berkenaan dapat merangsang perbincangan mengenai isu-isu dan cabaran pembangunan mampan untuk mengembangkan penyelesaian yang mampan dan mengerakkan sumber.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...