Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    BSb 2022 bermula 28 Nov

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Brunei Salebration (BSb) kembali lagi tahun ini dengan membawa tema Bebelanja di Brunei yang akan bermula pada 28 November 2022 sehingga 31 Januari 2023 iaitu dalam tempoh selama 65 hari.

    Ia merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh orang ramai khususnya yang ingin menikmati tawaran-tawaran hebat sambil berbelanja di negara sendiri.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi menekankan kepentingan peranan para peniaga dari pelbagai sektor dalam mempromosi penggunaan domestik melalui tawaran diskaun yang menarik kepada orang ramai ke arah mendukung inisiatif, Berbelanja di Brunei.

    Dengan meningkatkan penggunaan domestik, BSb 2022 dihasratkan untuk membantu merangsang kegiatan perekonomian dalam negara dengan menggalakkan orang ramai berbelanja di negara ini serta menjadikan negara sebagai destinasi membeli-belah.

    Senarai peserta BSb 2022 akan dikongsi dalam aplikasi mudah alih PenggunaBijak bagi tujuan publisiti untuk memudahkan para pengguna berkunjung ke premis-premis berkenaan.

    Para peniaga yang menyertai acara itu diingatkan untuk mempamerkan tanda harga dan diskaun dengan jelas bagi memastikan ketelusan harga serta membolehkan para pengguna membuat pilihan pembelian yang bermaklumat.

    Sehubungan itu, para peniaga yang ingin menyertai acara BSb 2022, boleh menghadapkan borang makluman jualan bermula 20 Oktober hingga 20 November 2022. Borang berkenaan boleh dimuat turun dari laman sesawang www.jpes.gov.bn/cad dan borang yang lengkap boleh dikembalikan melalui e-mel kepada sales@jpes.gov.bn atau kaunter di Jabatan Hal Ehwal Pengguna, JPES.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran kenakan sekatan ke atas AS, UK kerana sokong Israel

    TEHRAN, 2 MEI - Iran mengumumkan sekatan ke atas beberapa individu dan entiti Amerika Syarikat (AS) dan Britain kerana menyokong Israel dalam perangnya menentang...