Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Cabul: Pemain golf dijatuhi hukuman penjara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan ke atas seorang pemain golf warga Korea, dengan penjara tambahan sebulan sebagai ganti sebatan, selepas mengaku bersalah mencabul seorang pekerja wanita berusia 45 tahun di sebuah kelab golf, tempat dia menjadi ahli.

    Bagaimanapun, Kang Byong Dug yang diwakili Peguam Bela Pengiran Shahyzul bin Pengiran Abdul Rahman memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan, dan dibenarkan oleh Majistret Harnita Zelda Skinner.

    Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Hajah Nor ‘Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin mendedahkan di mahkamah mengenai kejadian yang membawa kepada pendakwaan defendan.

    Pada 24 Julai 2019 pukul 4:30 petang, defendan berada di kelab golf itu apabila dia memasuki kawasan kaunter bar di mana mangsa duduk di belakangnya di atas bangku.

    Dia menyedari kehadiran defendan dan berdiri untuk mencapai barang peribadinya.

    Semasa membongkokkan badannya, defendan pergi ke sebelah kaunter dan mencabulnya.

    Mangsa terkejut, memarahi defendan dan menunjukkan jari ke arah kamera CCTV.

    Defendan melihat bahawa komunikasi tidak berkesan dan meninggalkan kawasan itu untuk ke padang golf.

    Mangsa memaklumkan pihak pengurusan yang membawa kepada laporan polis, dan defendan menyerah diri.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...