Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Cacar monyet: Kelantan sedia buat saringan di pintu sempadan

    KOTA BHARU, 18 OGOS – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bersiap siaga untuk melakukan ujian saringan kesihatan di pintu sempadan negara terutama kepada pengembara yang mempunyai gejala penyakit cacar monyet.

    Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata walaupun negara ini belum mengesan penyakit tersebut tetapi langkah awal ini perlu dilakukan segera susulan peningkatan kes cacar monyet di negara jiran, Thailand.

    “Semua klinik kerajaan dan swasta perlu melaporkan segera kepada JKNK sekiranya terdapat kes cacar monyet di kawasan mereka supaya pencegahan awal dapat dilakukan.

    “Dari segi maklumat yang kita peroleh setakat ini, kes yang dilaporkan di Thailand bukan berlaku di wilayah yang bersempadan dengan negara sebaliknya ia membabitkan kawasan di utara Thailand dan Bangkok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Semarak Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia di pekarangan Wisma Persekutuan, di sini, hari ini. 

    Media sebelum ini melaporkan kerajaan Thailand mengeluarkan amaran cacar monyet peringkat kebangsaan selepas mesyuarat tergempar agensi kesihatan dan menteri kesihatan awam pada 28 Julai lepas.

    Setakat ini, sebanyak lima kes cacar monyet disahkan di Thailand dengan kes terbaharu membabitkan seorang wanita berusia 25 tahun. – Bernama

    Datuk Dr Zaini Hussin (tengah) bersama Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Kelantan Muhd Nor Aswadi Md Nor (tiga, kanan) dan pegawai melaungkan ‘Merdeka’ pada Program Semarak Jalur Gemilang di pekarangan Wisma Persekutuan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...