Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Cari ilham filem dokumentari di Perpustakaan DBP

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Para peserta Inisiatif Filem Dokumentari ‘Mengupas Cerita’, baru-baru ini, telah mengadakan kunjungan ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memulakan penyelidikan topik berkaitan Brunei.

    Para pembikin filem menelusuri bahagian rujukan perpustakaan yang mengagumkan dan menemui subjek berpotensi daripada cerita rakyat Brunei hinggalah ke Pulut Panggang.
    Pembikin filem, Hamizah Hamzah menjelaskan, “Perpustakaan DBP merupakan sumber yang hebat dan pustakawannya yang begitu berpengetahuan.

    “Saya mendapat inspirasi selepas lawatan saya dan merancang untuk terus membangunkan dokumentari saya melalui beberapa lawatan penyelidikan. Saya berharap lebih ramai orang dari semua peringkat umur memanfaatkan perpustakaan berharga kami,” tambahnya.

    ‘Mengupas Cerita’ dibiayai menerusi geran daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Brunei Darussalam. Ia mewakili usaha bersepadu pertama untuk mempromosikan penerbitan filem bukan fiksyen di Brunei dan memberi peluang kepada pembikin filem tempatan untuk berkongsi perspektif yang dikaji dan kukuh dari segi etika mereka dengan masyarakat global.

    Mahakarya Institute of the Arts Asia ialah organisasi pemudahcara bagi inisiatif berkenaan, yang akan menyediakan sokongan teknikal dan kepakaran pendidikan kepada peserta terpilih.

    Pegawai Hal Ehwal Awam Kedutaan AS, Jeff Barrus berkata, Kedutaan AS berbangga untuk menyokong inisiatif bermakna oleh Mahakarya Institute of the Arts Asia itu untuk mempromosikan pendidikan sivik, budaya dan seni.

    Beliau menjelaskan, Program Geran Kecil Kedutaan AS bertujuan untuk meningkatkan persefahaman bersama antara rakyat AS dan Brunei dengan menyokong projek yang menonjolkan nilai bersama antara kedua-dua buah negara, termasuk pembangunan masyarakat sivil, keusahawanan dan ekonomi digital.

    Seramai 12 orang rakyat Brunei daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam inisiatif tersebut.

    Individu berkenaan menunjukkan kemahiran berfikir kritis yang sangat baik serta etika kerja yang kukuh – satu kemestian memandangkan para peserta akan menghasilkan 120 dokumentari mini dalam tempoh empat bulan akan datang.

    Pembikin filem melihat buku-bukuk yang terdapat di perpustakaan itu. – Gambar serahan Mahakarya Institute of the Arts Asia
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...