Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Lebih 11 juta populasi dewasa di Malaysia terima dos penggalak

    KUALA LUMPUR, 31 JAN – Sejumlah 11,889,785 individu dewasa atau 50.8 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat semalam.

    Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW seramai 22,924,199 individu dewasa atau 97.9 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, manakala 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

    Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,787,942 atau 88.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi sementara 2,867,585 atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos
    vaksin.

    Semalam, sebanyak 78,731 dos vaksin diberikan melibatkan 510 dos pertama, 728 dos kedua dan 77,493 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,466,293 dos. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...