Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    China guna robot periksa kemudahan tenaga di kawasan pergunungan terpencil

    GUIYANG, 16 MEI – Wilayah Guizhou di China mula menggunakan robot untuk menjalankan pemeriksaan rutin di pencawang tenaganya di kawasan pergunungan terpencil.

    Setakat ini, 13 robot ditugaskan ke 10 pencawang tenaga di bandar Tongren untuk rondaan pemeriksaan automatik, menurut China Southern Power Grid cawangan Guizhou, lapor Xinhua.

    “Robot boleh meronda sekali seminggu untuk memeriksa 3,800 titik di stesen tanpa campur tangan manusia, pada kadar ketepatan 100 peratus,” kata ketua Pencawang Tenaga Taiping di Tongren, Zhou Jingyu.

    Beliau berkata dengan dilengkapi penderia berketepatan tinggi dan kamera definisi tinggi, robot itu mampu menyelesaikan rondaan rutin dalam 50 minit berbanding 12 jam oleh pemeriksa manusia, yang perlu mengambil masa 40 minit perjalanan ke pencawang.

    Terletak di Dataran Tinggi Yunnan-Guizho, kemudahan tenaga Guizhou terdedah kepada gangguan cuaca melampau yang memerlukan rondaan dan penyelenggaraan yang kerap.

    Robot berkenaan dijangka turut akan digunakan dalam peranan lain untuk sektor bekalan tenaga di wilayah pergunungan itu, kata Zhou.

    China kini meningkatkan penggunaan teknologi robot untuk menyelesaikan kekurangan juruteknik di kawasan pergunungan yang terpencil. Tahun lepas, wilayah pergunungan Yunnan menggunakan dron untuk memeriksa talian penghantaran tenaga sepanjang 90,000 kilometer. – Bernama

    Menurut China Southern Power Grid, sebanyak 13 robot ditugaskan ke 10 pencawang tenaga di bandar Tongren untuk rondaan pemeriksaan automatik. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...