Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    China siasat pentadbiran firma harta negara, dakwaan rasuah

    BEIJING, 24 OGOS – China mengumumkan bahawa ia sedang menyiasat beberapa eksekutif di syarikat hartanah milik kerajaan dalam satu tamparan hebat buat sektor utama yang sudah bergelut dengan jualan yang perlahan, pelanggan yang marah dan pemaju yang banyak menanggung hutang.

    Pihak berkuasa berkata dalam notis berasingan kelmarin mereka sedang menyiasat pengerusi C&D Real Estate, Zhuang Yuekai dan pengerusi C&D Urban Services, Shi Zhen.

    Mereka juga membuat siasatan terhadap timbalan pengurus besar Shenzhen Talents Housing Group, Liu Hui dan, bekas pengerusi di China Resources Land, Tang Yong. Keempat-empat mereka disyaki telah melakukan beberapa pelanggaran disiplin dan undang-undang yang agak serius, kata notis itu. Gaya bahasa yang digunakan dalam pengumuman itu bagaimanapun biasanya menunjukkan dakwaan rasuah.

    “Ini adalah kesinambungan usaha tindakan keras China terhadap menentang gejala rasuah dalam semua peringkat daripada agensi kerajaan kepada institusi kewangan, dan kepada perusahaan milik kerajaan,” kata pakar strategi kredit kanan Asia di ANZ Bank, Ting Meng. Memandangkan sentimen dalam sektor itu sudah lemah, pengumuman itu akan menekan lagi ke- yakinan pasaran dan meningkatkan kebimbangan mengenai tadbir urus dalaman beberapa syarikat milik kerajaan, katanya kepada AFP.

    Presiden Xi Jinping telah memperjuangkan usaha antirasuah sejak berkuasa serta menewaskan pengkritik terkenal. Para pemerhati menjangkakan beliau akan menggunakan beberapa bulan sebelum Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis untuk mengukuhkan kedudukannya.

    Siasatan itu menyusuli tindakan keras kawal selia terhadap beberapa firma teknologi terbesar China. Pihak berkuasa juga dalam beberapa bulan kebelakangan ini mengumumkan penyiasatan terhadap tokoh dalam industri kejuruteraan elektronik, termasuk Menteri Industri dan Teknologi Maklumat, Xiao Yaqing. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...