Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    COVID: 370 kes baharu dilaporkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Sebanyak 107 dos pertama dan 908 dos kedua telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kelmarin, yang masing-masing menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 83.2 peratus dan 65 peratus bagi dos kedua.

    Liputan bagi tiga dos vaksin adalah sebanyak 71.5 peratus, kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Sebanyak 370 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan hari ini, iaitu 364 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan enam kes adalah hasil daripada 359 ujian makmal RT-PCR dalam tempoh 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 152,320 kes.

    “Tidak ada kes yang dikategorikan dalam kategori 5, manakala satu kes dalam kategori 4,” jelasnya. Selain itu, 321 kes telah disahkan sembuh membawa keseluruhan sembuh kepada 149,243 kes.

    Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 2,852 kes iaitu 14 kes sedang dirawat di hospital manakala 2,838 lagi sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Yang Berhormat Dato turut mengumumkan seorang pesakit positif COVID meninggal dunia, namun tidak dikategorikan sebagai kematian COVID.

    Beliau mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

    “Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin,” kata Yang Berhormat Dato.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...