Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Terperangkap dalam tangki coklat, dua pekerja di AS diselamatkan

    WASHINGTON, 10 JUN – Dua pekerja kilang coklat berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam sebuah tangki coklat di Lancaster County, Pennsylvania, Amerika Syarikat kelmarin.

    Mereka terperangkap di dalam tangki di kilang Mars Wrigley di Elizabethtown, lapor United Press International (UPI), memetik petugas kecemasan. WHP-TV di Harrisburg melaporkan bahawa kedua-dua pekerja itu terjatuh ke dalam tangki yang mengandungi coklat separas pinggang.

    Kedua-duanya tidak mengalami kecederaan serius ketika dibawa ke hospital, menurut Penn Live. Petugas kecemasan dipanggil ke kilang itu kira-kira jam 2 petang selepas pekerja itu terperangkap. Tiada ulasan daripada Mars Wrigley mengenai insiden itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...