Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Dadah: 200 pelancong diberkas di kelab karaoke

    BANGKOK, 26 OKT – Polis Thailand menahan lebih 200 pelancong dalam serbuan dadah di sebuah bar karaoke haram di Bangkok hari ini.

    Pelanggan yang terpinga-pinga dan keliru dilihat berhimpit di bawah lampu terang di daerah Sathorn dalam kelab yang bersepah, berdasarkan daripada gambar rasmi polis dan rakaman media Thailand.

    Majoriti mereka yang terlibat adalah warga China, kata jurucakap polis Diraja Thailand, Archayon Kraithong.

    “Polis menjalankan ujian air kencing dan mendapati mereka menggunakan bahan terlarang,” katanya.

    Ujian lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti dadah yang telah diambil oleh pelancong berkenaan dan keputusan akan dibuat sama ada untuk mendakwa mereka, kata Archayon.

    Mengikut catatan di laman Facebook rasmi polis Thailand mengatakan antara dadah yang dipercayai ditemui ialah ketamin, serta kesan MDMA, methamphetamine, dan diazepam.

    “Polis mendapati tempat hiburan itu kelihatan menjual dadah kepada pelanggan,” menurut hantaran tersebut. – AFP

    Anggota polis menutup pagar di sebuah lokasi tempat 200 pelancong ditangkap semasa serbuan parti dadah di Bangkok pada 26 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...