Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Davis kembali bersama Lakers, bantu benam Nets

    LOS ANGELES, 26 JAN – LeBron James memperoleh 33 mata tertinggi untuk pasukannya dan Anthony Davis kembali membantu di bahagian serangan ketika Los Angeles Lakers menewaskan Brooklyn Nets 106-96, kelmarin.

    James menjaringkan 14 daripada 21 percubaan semasa permainan dan menambah tujuh rebound dan enam assist untuk Lakers, yang telah lima kali tewas daripada lapan perlawanan sebelumnya dan menghadapi kesukaran untuk mengekalkan rekod menang-kalah pada musim ini di Western Conference.

    Davis bermain dalam perlawanan pertamanya sejak mengalami kecederaan pada lututnya ketika kekalahan 110-92 kepada Minnesota pada 17 Disember lalu dan menamatkan perlawanan dengan lapan mata.

    Davis membuat jaringan semasa perlawanan pertama dan bermain selama 25 minit.

    Lakers meneruskan perlawanan dengan keputusan 7-10 sementara Davis telah diketepikan, dengan James yang mengetuai barisan penyerang.

    Aksi Anthony Davis menahan James Harden semasa separuh masa pertama perlawanan NBA di New York, 25 Januari. -AP

    “Hanya dengan kehadirannya memberikan impak kepada kelab bola keranjang ini,” kata James mengenai penyerang superstar tersebut.

    “Dia menambah dinamik semasa permainan. Awda tidak perlukan semua perhatian kepada diri saya, Russ (Westbrook) dan Melo (Carmelo Anthony).”

    James berkata dia menggunakan motivasi untuk bermain di New York untuk membakar semangat dalam dirinya. Kali terakhir pasukan Lakers bermain di New York, James digantung dari perlawanan kerana terlibat dalam pergaduhan.

    “Saya terlepas dengan penampilan pertama saya di New York kerana digantung dari bermain. Semoga saya dapat membuat mereka bangga,” katanya kepada para penyokong yang telah memberi semangat kelmarin.

    Malik Monk telah menjaringkan enam three-point dan menambah 22 mata ketika purata jaringan Lakers sekitar 47.2 peratus dari dalam gelanggang. Westbrook menambah sebanyak 15 mata dan Anthony turut menambah sebanyak 13 mata. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...