Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Djokovic menang penuh emosi

    TEL AVIV, 2 OKT – Novak Djokovic berkata dia berasa sangat emosional selepas mara ke final keempat tahun ini apabila menang straight set ke atas Roman Safiullin di separuh akhir Terbuka Tel Aviv.

    Pemain berusia 35 tahun itu mencatat kemenangan 6-1, 7-6 (7/3) dan berusaha untuk merangkul gelaran ketiganya musim ini serta yang ke-89 sepanjang kariernya apabila berdepan pemain Croatia, Marin Cilic di final.

    Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Cilic mengalahkan pemain ranking ke-68 dunia dari Perancis, Constant Lestienne 7-5, 6-3 selepas bangkit dari ketinggalan 2-5 di set pertama.

    “Saya rasa ia adalah aksi sangat kompetitif, terutama sekali di set kedua.

    “Saya akui sangat emosi di gelanggang hari ini terutama di set kedua, terdapat banyak ketegangan, dan itu juga disebabkan gaya pemain lawan yang agresif.

    Reaksi Novak Djokovic selepas memenangi perlawanan tenis separuh akhir perseorangan lelaki menentang Roman Safiullin di Terbuka Watergen Tel Aviv 2022 di Israel pada 1 Oktober. – AFP

    “Servis yang dilakukannya juga sangat kencang dan apabila dia mempunyai masa, dia begitu mantap dari pukulan depan dan pukulan kilas,” kata Djokovic.

    Bekas pemain nombor satu dunia, Djokovic berlumba untuk mencatat mata pendahuluan 5-0 ketika menawan set pembukaan dalam masa 23 minit tanpa berdepan mata penamat.

    Bagaimanapun, Safiullin, pemain bombor 104 yang memasang cita-cita untuk memasuki final ATP buat pertama kalinya, adalah jauh lebih kompetitif dalam set kedua.

    Dia mencatat dua mata penamat yang berjaya diselamatkan Djokovic dalam perlawanan keenam.

    Pemain Rusia berusia 25 tahun itu terpaksa menebus kesilapan apabila pemenang Grand Slam 21 kali itu mematah mata pendahuluan 5-4.

    Safiullin bergelut untuk bangkit semula ke-ada 6-6 sebelum Djokovic berjaya meraih pematah seri, memperoleh kemenangan selepas 94 minit di gelanggang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...