Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Konsulat Rusia disimbah cat merah

    NEW YORK, 2 OKT – Pejabat Konsulat Rusia di New York disimbah cat warna merah, dalam protes yang jelas ketika Presiden Vladimir Putin meneruskan pencerobohan terhadap Ukraine dan mengumumkan pemilikan empat wilayah di negara itu.

    Pegawai berkata mereka menerima panggilan kecemasan awal pagi Jumaat, selepas perbuatan vandalisme di bahagian luar bangunan konsulat di Upper East Side Manhattan yang disimbah cat merah.

    Seorang jurucakap polis New York berkata, siasatan sedang dijalankan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

    Perbuatan vandalisme itu muncul beberapa jam sebelum Putin mengisytiharkan pengilhakan empat wilayah Ukraine iaitu, Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson.

    Serangan juga membunuh sekurang-kurangnya 30 orang di wilayah selatan Ukraine Zaporizhzhia – satu daripada serangan terburuk terhadap orang awam dalam beberapa bulan.

    Presiden Ukraine, Volo-dymyr Zelensky turut menggesa pakatan tentera NATO untuk mempercepatkan keahlian Ukraine, ketika pemimpin antarabangsa termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengecam pengilhakan Moscow.

    Rosie Morse, seorang pesara yang tinggal di kawasan kejiranan berhampiran konsulat, berkata vandalisme itu ‘kelihatan seperti karya seni.’

    “Tetapi maksudnya adalah untuk meluahkan perasaan kami mengenai Putin, dan saya tidak boleh mengatakan bahawa saya tidak bersetuju,” katanya kepada AFP.

    “Ia adalah vandalisme tetapi ia adalah ungkapan bagaimana orang di New York tidak menyukai Putin,” kata rakannya, Romen Eaulin. – AFP

    Cat semburan merah dilihat tersebar di seluruh dinding di Konsulat Rusia selepas ia dirosakkan di New York City, 30 September 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...