Monday, May 6, 2024
26.2 C
Brunei

    -

    Donnie Yen tidak gemar filem aksi

    Walaupun terkenal dengan lakonan aksi bukan berarti Donnie Yen meminati filem aksi.

    Hal itu dinyatakan sendiri oleh Bintang Ip Man tersebut ketika mempromosikan filem terbarunya, Sakra, di Singapura pada Khamis lalu.

    Ikon seni bela diri Hong Kong ini mengaku belum sempat menonton Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, film Superhero Asia pertama Marvel yang dibintangi oleh Simu Liu dan Tony Leung.

    “Jujur saya belum pernah menyaksikannya. Saya belum menonton Shang-Chi. Saya tidak banyak menonton filem aksi dan saya tidak merasa filem aksi begitu menarik. Ketika saya melihat filem aksi, saya akan mengatakan mungkin mereka harus melakukannya dengan cara ini, atau dengan cara itu,” ujarnya.

    “Saya suka filem tentang orang. Saya suka filem yang digerakkan oleh karakter,” tambahnya.

    Donnie sendiri sebenarnya tidak asing dengan Marvel yang mana dia pernah memegang watak sebagai Snowman, anggota Bloodpack, dalam filem Blade II (2002).

    Setelah menunggu sekian lama, Donnie kemudian fokus memegang watak-watak dalam filem aksi berlatar belakangkan China.

    “Budaya sangat kaya sehingga kami memiliki begitu banyak jalan cerita yang dapat kami jelajahi. Kami hanya perlu menemukan cara untuk mengemasnya.”

    “Saya telah menonton beberapa filem Hollywood, yang saya pelajari adalah bahawa tidak ada perbezaan – antara produksi Hollywood dan Asia – semuanya menggunakan bahasa filem yang sama. Perbezaan terbesar adalah (Hollywood) memiliki lebih banyak dana,” sebut Donnie Yen. – Agensi

    Pelakon yang sangat dikenali melalui filem aksi IP Man, Donnie Yen, mengaku tidak gemar filem aksi. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...