Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Dua gol Salah benam Spurs

    LONDON, 7 NOV – Mohamed Salah menjaringkan dua gol ketika kemena-ngan 2-1 Liverpool ke atas Tottenham dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

    Skuad kendalian Jurgen Klopp kembali meraih kemenangan selepas dua kekalahan berturut-turut liga, namun masih ketinggalan tujuh mata di belakang Spurs yang menduduki tangga keempat. Liverpool bermula garang dan mendahului permainan selepas Darwin Nunez mengumpan bola kepada Salah dalam aksi di stadium Tottenham Hotspur itu.

    Pelawat kemudian mendahului 2-0 sebelum rehat apabila Eric Dier melakukan kesilapan dengan menanduk bola kepada Salah, dan penyerang Mesir itu tidak mensia-siakan peluang terhidang. Harry Kane merapatkan jurang untuk Spurs pada minit ke-70 namun tidak mencukupi untuk mengelak kekalahan ketiga mereka dalam empat perlawanan liga.

    “Ia kemenangan penting. Apa yang kami tunjukkan adalah kami tidak terlalu tertekan apabila dibolosi.

    “Saya suka persembahan malam ini. Kita tidak boleh konsisten dengan hanya bermain baik sepanjang masa. Ia berkenaan semangat juang yang kami tunjukkan malam ini,” kata Klopp.

    Spurs, yang kini sudah tewas tujuh kali dalam sembilan pertemuan Liga Perdana Inggeris antara kedua-dua pasukan, turun tanpa penyerang Korea Selatan, Son Heung-min yang cedera di bahagian mata kiri ketika aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Marseille. – AFP

    Aksi Mohamed Salah (kiri), ketika dalam perlawanan antara Tottenham Hotspur dan Liverpool di stadium Tottenham Hotspur, London. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...