Thursday, May 9, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ekonomi China meningkat 4.8 peratus

    BEIJING, 18 APRIL – Ekonomi China mencatat pertumbuhan 4.8 peratus dalam suku pertama, kata Biro Statistik Negara (NBS) hari ini, mengingatkan ‘cabaran besar’ yang bakal dihadapi ketika kemunculan semula koronavirus menjejas sasaran tahunan Beijing.

    Ekonomi kedua terbesar dunia itu telah pun kehilangan momentum pada separuh tahun kedua tahun lalu dengan kemelesetan harta dan tindakan keras pengawalan selia.

    Namun pendekatan sifar COVID oleh Beijing terhadap wabak tahun ini telah melumpuhkan rantaian bekalan dan mengurung puluhan juta penduduk – termasuk dalam sektor ekonomi Shanghai dan Shenzhen.

    Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China adalah lebih baik daripada dijangka pada 4.8 peratus dalam suku pertama, kata NBS hari ini, meningkat daripada 4 peratus dalam bulan-bulan akhir 2021.

    Namun data tidak mengambil kira impak sekatan beberapa minggu yang dilaksanakan di Shanghai.

    Seorang pekerja sedang bekerja di kilang tekstil di Hangzhou di wilayah timur China Zhejiang pada 17 April 2022. Ekonomi China catat pertumbuhan 4.8 peratus dalam suku pertama, kata Biro Statistik Negara kelmarin. – AFP

    Angka hari ini adalah lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis.

    Namun sekatan virus di bandar utama pada Mac menjejas jualan runcit dan menambah kadar pengangguran.

    Kesemua ini menambah tekanan ke atas pegawai untuk memenuhi sasaran pertumbuhan negara sebanyak 5.5 peratus.

    “Kami mesti menyedari dengan persekitaran domestik dan antarabangsa menjadi semakin kompleks dan tidak pasti, perkembangan ekonomi sedang berdepan kesukaran dan cabaran besar,” kata jurucakap NBS Fu Linghui hari ini.

    Sementara China menyaksikan peningkatan dalam pertumbuhan pengeluaran pada awal tahun ini dan perbelanjaan dirangsang percutian Tahun Baharu Cina, kawalan ke atas pergerakan telah dikuatkuasa semula pada Mac, justeru menjejas perniagaan dan mengurung pengguna di rumah.

    Pertumbuhan pengeluaran industri merosot kepada 5 peratus pada Mas, menurut data NBS, turun daripada tempoh Januari-Mac. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...