Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Ekonomi Malaysia tidak boleh diukur berdasarkan ringgit

    KUALA LUMPUR, 3 OKT – Prestasi ringgit berbanding dolar AS tidak mencerminkan keadaan ekonomi negara kerana kadar pertukaran hanya merupakan satu daripada banyak indikator yang menunjukkan keadaan ekonomi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

    Justeru, beliau berkata, penting untuk melihat kepada kekuatan dan prestasi positif ekonomi Malaysia dari segi pertumbuhan ekonomi yang kukuh, pasaran tenaga kerja baik dan sistem kewangan berdaya tahan yang terus memainkan peranannya dengan efektif.

    “Lagipun, Malaysia mempunyai kedudukan luaran yang kukuh dengan lebih banyak aset mata asing berbanding liabillti mata wang asing.

    “Pinjaman mata wang asing hanya menyumbang kurang daripada tiga peratus daripada jumlah hutang kerajaan persekutuan,” katanya dalam ucapan beliau yang bertajuk Navigating Malaysia’s Economic Transition in a post-COVID World (Mengemudi Peralihan Ekonomi Malaysia dalam dunia pasca COVID) pada Forum Khazanah Megatrends 2022, kelmarin.

    Nor Shamsiah berkata sejak Januari tahun ini, nilai ringgit menyusut lebih daripada sembilan peratus berbanding dolar AS.

    Menurutnya, kekuatan dolar adalah fenomena global bukan hanya berlaku kepada mata wang Malaysia sahaja.

    Malahan, katanya, dolar AS kini berada di paras tertinggi dalam tempoh dua dekad berikutan langkah mengetatkan dasar monetari yang agresif oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menaikkan kadar dasarnya sebanyak 300 mata asas tahun ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...