Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ekstrak tumbuhan rawat COVID-19?

    VIENTIANE, 4 FEB – Institut Perubatan Tradisional di bawah Kementerian Kesihatan Laos hari ini menasihatkan pesakit COVID-19 menggunakan ekstrak tumbuhan bagi rawatan dan menggalakkan orang ramai menanam tumbuhan Heartleaf philodendron, Andrographis paniculata dan pokok temu kunci.

    Institut itu membuat kapsul daripada ekstrak ketiga-tiga tumbuhan tersebut dan berjaya dalam ujian percubaan bagi perubatan, media tempatan melaporkan.

    Akhbar harian Vientiane Times hari ini memetik Ketua Pengarah Institut Perubatan Tradisional, Bounleuane Douangdeuan sebagai berkata bahawa institut itu telah merawat 450 orang di tiga buah wilayah selatan menggunakan kapsul tersebut.

    Pil itu diluluskan oleh Kementerian Kesihatan pada Januari 2022 dan diuji ke atas empat kumpulan orang dalam peringkat awal simptom COVID-19. Kumpulan pertama diberikan kapsul mengandungi heartleaf, kedua Andrograhic paniculata dan ketiga pokok temu kunci serta yang keempat tanpa kapsul.

    Penggunaan kapsul meredakan simptom pesakit tidak divaksin dalam masa tiga hingga lima hari, menurut keputusan ujian percubaan.

    Kapsul itu kini tersedia untuk kegunaan awam, menurut laporan media itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...