Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Enam sertai Sukan SEA DEAF

    Oleh Ak Zaki Kasharan dan James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Bersempena penyertaan julung kali kontinjen negara dalam Sukan SEA DEAF 2022, Majlis Penyerahan Bendera Kebangsaan telah diadakan di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), kelmarin.

    “Pada hari ini, kita telah melakar satu lagi sejarah perkembangan sukan di negara ini khususnya dalam usaha bagi memajukan dasar sukan untuk semua. Hari ini kita melihat atlet-atlet kurang pendengaran akan menyertai kejohanan multi-sports pada kali pertamanya secara berkontinjen,” ujar Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad, selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah; Setiausaha Tetap (Kesukanan), KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Setiausaha Tetap (Kebeliaan), KKBS, Haji Zakaria bin Haji Serudin; dan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari.

    Penyerahan bendera kebangsaan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi kepada Awang Khairul Anwar bin Haji Jofari selaku Chef de Mission.

    Enam orang atlet kurang pendengaran negara yang diiringi tujuh orang pegawai akan menyertai Sukan SEA DEAF 2022 dalam acara olahraga dan boling sepuluh pin yang akan berlangsung dari 21 hingga 27 November di sekitar Kuala Lumpur, Malaysia.

    Sukan SEA DEAF 2022 merupakan edisi pertama temasya sukan yang dikhaskan untuk warga orang kurang pendengaran di rantau ASEAN. Temasya tersebut mempertandingkan empat acara iaitu futsal, olahraga, boling sepuluh pin dan badminton.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi ketika sesi bergambar ramai semasa majlis penyerahan bendera kebangsaan, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...