Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    England benam Sweden untuk mara ke final

    SHEFFIELD, UNITED KINGDOM, 27 JULAI – Pasukan wanita England akan menjadi ‘bualan ramai di seluruh dunia’ kata jurulatih Sarina Wiegman selepas membelasah Sweden 4-0 di Sheffield kelmarin untuk melayakkan diri ke final Euro Wanita 2022.

    Selepas tersungkur semasa pusingan se-paruh akhir dalam tiga kejohanan utama terakhir sebelum ini, ia merupakan tuah kali keempat bagi Lioneses untuk menggembirakan penonton tuan rumah seramai 29,000 orang di Bramall Lane untuk mengadakan pertembungan menentang Jerman atau Perancis di pentas final nanti.

    England tidak pernah memenangi sebarang kejohanan utama dalam perlawanan wanita, tetapi dengan prestasi yang mereka miliki ketika ini, saingan sengit dijangka akan dipamerkan pada Ahad nanti.

    Dua gol yang dicipta menerusi Beth Mead dan Lucy Bronze pada separuh masa pertama telah memberikan tuan rumah peluang yang cerah untuk menjadi punca kekalahan pertama Sweden daripada permainan terbuka sejak 2019.

    Pemain gantian, Alessia Russo menggegarkan stadium ketika dia menjaringkan gol ketiga England yang menakjubkan melalui tumit belakang sekali gus memperdayakan penjaga gol Sweden, Hedvig Lindahl.

    Fran Kirby kemudian menyusul menambah gol keempat pada minit ke-76 perlawanan.

    Seramai 87,000 orang penonton dijangka hadir di Wembley bagi menyaksikan perlawanan akhir itu nanti dan peminat turut meletakkan harapan kepada England untuk menamatkan penantian selama 56 tahun bagi merangkul gelaran utama.

    “Kami mahu memberi inspirasi kepada negara, saya fikir itulah yang kami lakukan. Kami juga berharap untuk mencipta kemenangan agar seluruh negara berbangga dengan kami di samping lebih ramai kanak-kanak perempuan dan lelaki mula membina minat dalam sukan bola sepak,” kata Wiegman. – AFP

    Aksi Beth Mead (kanan) merembat untuk menjaringkan gol pertama pasukannya semasa perlawanan bola sepak separuh akhir Euro Wanita 2022 di stadium Bramall Lane, Sheffield kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...