Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Fasha tidak lupa bekas suami

    Berkongsi tarikh lahir yang sama de-ngan suaminya Aidil Aziz, pelakon Fasha Sandha tidak lupa untuk mengucapkan selamat hari lahir buat bekas suaminya iaitu Rizal Ashram.

    Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, menitipkan doa agar Rizal atau lebih mesra disapa Jejai segera bertemu calon isteri bagi menjaga anak-anak mereka dengan baik.

    Aktres berkenaan turut mengucapkan terima kasih buat bekas suaminya kerana memberikan keizinan buat anak-anak mereka meraikan hari lahir Aidil semalam, lapor mStar.

    “Selamat hari lahir mantanku. Semoga cepat-cepat dapat Mummy (isteri) baru supaya rambut anak-anak saya kemas dan mandi awal setiap hari.

    “Kebetulan pula sama hari lahir dengan Aidil (suami). Terima kasih sebab beri anak-anak meraikan Aidil semalam.

    Jejai dan Aidil berkongsi tarikh lahir yang sama. – mStar

    “Hari ini dengan awak pula ya. Selamat hari lahir sekali lagi… My love hate relationship,” katanya.

    Fasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya hari ini.

    Sebelum ini, pelakon drama Rampas Cintaku 2 itu memuat naik sebuah video meraikan sambutan hari lahir Aidil bersama keluarga dan anak-anak mereka.

    Menerusi video dengan latar muzik lagu nyanyian kumpulan Nidji iaitu Sumpah Dan Cinta Matiku, Fasha dilihat meraikan Aidil dengan sebuah kek bersama dekorasi tema rona emas dan hitam. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...