Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Cincin Tupac Shakur dijual AS$1 juta

    Sebuah cincin mahkota emas, intan dan berlian yang dipakai oleh legenda rap, Tupac Shakur semasa penampilan awam terakhirnya terjual pada harga AS$1 juta pada lelongan di New York kelmarin.

    Bidaan yang menang itu jauh melebihi anggaran pra-lelong Sotheby’s antara AS$200,000 dan AS$300,000 dan menjadi artifak hip-hop yang paling berharga pernah dijual, kata rumah lelong itu.

    Rapper yang lahir di New York itu memakai cincin tersebut semasa penampilan terakhirnya di khalayak ramai di Anugerah Muzik Video MTV pada 4 September 1996.

    Dia ditembak mati oleh penyerang yang tidak dikenali dalam satu insiden tembakan di Las Vegas hanya beberapa hari kemudian pada 13 September. Dia berusia 25 tahun.

    Shakur, yang lagu hitnya termasuk California Love, mereka bentuk cincin itu selama beberapa bulan, kata Sotheby’s.

    Cincin itu diukir ‘Pac & Dada 1996’, yang merujuk kepada teman wanitanya, Kidada Jones. – AFP

    Cincin mahkota bertatahkan emas, intan dan berlian (kiri) yang dipakai oleh Tupac Shakur (kanan-Billboard) semasa penampilan terakhirnya pada 2016 dijual pada harga AS$1 juta. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...