Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Federer bakal muncul semula di Basel

    PARIS, 27 APRIL – Bekas pemain nombor satu dunia tenis lelaki, Roger Federer, yang mengalami masalah lutut yang berulang sejak dua tahun lalu, akan bermain dalam perlawanan perseorangan indoor ATP Basel pada Oktober nanti, kata penganjur.

    Federer, yang tidak bermain secara kompetitif sejak tewas Julai lalu pada perlawanan suku akhir di Wimbledon kepada Pole Hubert Hurkacz, membalas pengumuman dari akaun Instagram penganjur dengan mesej: “Tidak sabar untuk bermain di tanah air.”

    Kejohanan tersebut, seperti pemenang 10 kali berkenaan, akan kembali semula selepas dibatalkan untuk mengadakan kejohanan berkenaan sejak dua tahun lalu akibat pandemik COVID.

    “Selepas berehat dua tahun akibat wabak tersebut, Swiss Indoors Basel akan kembali ke Jelajah ATP pada musim luruh 2022,” kata penganjur dalam satu kenyataan.

    Federer, yang berusia 41 tahun pada Ogos ini, juga akan bermain dalam acara berpasukan Piala Laver selama tiga hari bersama pesaing lamanya, Rafael Nadal di London pada September nanti.

    Gambar fail menunjukkan Roger Federer semasa memasuki gelanggang tenis dalam perlawanan final menentang Alex De Minaur, 27 Oktober 2019. – AFP

    Kedua-duanya bergandingan untuk bermain perlawanan beregu dalam acara sulung pada 2017 yang lalu.

    Sementara itu, Federer menarik diri daripada Sukan Olimpik tahun lalu dan menjalani pembedahan lutut kali ketiga dalam tempoh 18 bulan, untuk ‘menjahit’ meniskus dalaman kanannya dan merawat tulang rawannya.

    Federer hanya beraksi dalam 13 perlawanan pada tahun 2021, manakala hanya beraksi dalam enam perlawanan pada tahun 2020.

    Bekas pemain nombor satu dunia tersebut menjuarai 20 gelaran Grand Slam sepanjang kariernya, menyamai di tempat kedua dengan Novak Djokovic dan satu di belakang pemegang rekod, Rafael Nadal, yang memenangi Terbuka Australia pada pembukaan musim.

    Gelaran juara Federer yang terbaharu adalah pada kejohanan Grand Slam di Terbuka Australia 2018. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...