Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Daerah Belait bakal undi calon ketua kampung

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 7 MEI – Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad memaklumkan bahawa Daerah Belait akan menyaksikan dua sesi pengundian bagi calon ketua kampung.

    Dalam sidang media yang diadakan di Dewan Quliah, Jabatan Daerah Belait, hari ini, beliau menyatakan bahawa sesi-sesi pengundian berkenaan adalah untuk menentukan ketua kampung baharu bagi Kampung Merangking dan Kampung Pandan D.

    “Sesi pengundian pertama adalah untuk jawatan Ketua Kampung Merangking dengan calon tunggal ialah Awang Nurulizam bin Haji Abdul Rahman. Pengundian akan dimulakan melalui e-undi PMKK dari 10 hingga 12 Mei, dan pengundian fizikal dijadualkan akan diadakan pada 12 Mei di Dewan Merangking dari pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi,” katanya.

    Tambah beliau, pendaftaran untuk mengundi melalui e-undi PMKK hanya akan dibuka sehingga 9 Mei.

    Sementara itu, sesi pengundian bagi jawatan Ketua Kampung Pandan D, dengan calon tunggal Awang Mohammad Farid bin Kasim, bermula pada 17 Mei setelah penutupan pendaftaran pada 16 Mei.,

    “Penduduk di kawasan itu diberikan tempoh tiga hari iaitu dari 17 hingga 19 Mei untuk mengundi melalui e-undi PMKK, manakala pengundian fizikal pula pada 19 Mei di dewan Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA), Kuala Belait, mulai 9 pagi hingga 11:30 pagi,” tambah beliau.

    Dengan pengundian yang akan diadakan tidak lama lagi itu, beliau berharap penduduk di kedua-dua buah kampung tersebut akan memikul tanggungjawab membuang undi mengikut tempat dan masa yang telah ditetapkan.

    Pemangku Pegawai Daerah Belait mengetuai sidang media kelmarin. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...