Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Fritz tumpaskan Zverev di Piala United

    SYDNEY, 2 JAN – Bekas pemain nombor dua dunia, Alexander Zverev yang bergelut hari ini mengalami kekalahan kedua berturut-turut musim ini di Piala United, diketepikan oleh pemain Amerika Syarikat (AS), Taylor Fritz yang mengambil masa 64 minit.

    Juara dua kali ATP Finals Jerman itu tewas 6-1, 6-4 kepada pemain nombor sembilan dunia di Sydney ketika dia meneruskan kepulangannya daripada kecederaan serius.

    Ia susulan kekalahan straight set kepada pemain ranking ke-81 Czech, Jiri Lehecka pada Sabtu dalam perlawanan kompetitif pertamanya sejak mengalami kecederaan koyak ligamen buku lali kanan semasa separuh akhir Terbuka Perancis menentang Rafael Nadal pada Jun.

    “Saya baharu sahaja berlatih, saya merasakan belum cukup bagus dalam perlawanan pertama saya,” kata Fritz, merujuk kepada kemenangan pembukaan Piala United, juga menentang Lehecka. “Saya masih berusaha, berlatih dan cuba memperbaiki diri.”

    Fritz mencatatkan tahun penuh kejayaan pada 2022, menewaskan Rafael Nadal pada perlawanan akhir di Indian Wells untuk memenangi kejuaraan di Tokyo dan Eastbourne.

    Aksi Taylor Fritz membalas pukulan Alexander Zverev semasa perlawanan Kumpulan C mereka di acara tenis Piala United di Sydney, Australia, kelmarin. – AP

    Zverev bergelut semasa membuat pergerakannya, tidak bermain dengan habis-habisan, dan kelihatan hambar pada set pertama, yang tamat dalam masa 21 minit sahaja.

    Dia tidak memenangi satu mata pun dari servis pertama Fritz dan hanya meraih dua mata dari kedua pemain AS itu.

    Juara Olimpik Zverev, yang jatuh ke ranking 12 dunia daripada dua yang tertinggi dalam kariernya sebelum kecederaannya, memberikan lebih banyak saingan pada set kedua ketika keyakinannya semakin meningkat.

    Dia menahan pukulan servis tetapi dipatahkan untuk ketinggalan 3-1.

    Zverev meraih satu-satunya mata penentuan semasa perlawanan ketika keputusan 2-3, tetapi Fritz kekal bertahan untuk mencatatkan kemenangan melalui pukulan ace.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...