Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Google beli kompleks pejabat London berharga AS$1 bilion

    LONDON, 16 JAN – Google pada Jumaat bersetuju untuk membeli kompleks bangunan pusat London dengan harga AS$1 bilion, tetapi menegaskan ia tetap komited kepada corak kerja hibrid baharu berikutan COVID-19.

    Syarikat gergasi teknologi itu akan membeli tapak pejabat Central St Giles, di mana ia adalah penyewa, pada harga bersamaan $872 juta euro.

    Google berkata ia akan melakukan peyelengaraan dan mengubahsuai dengan kos tapak itu berjuta-juta paun untuk corak kerja yang fleksibel, termasuk ruang kerja luar.

    “Pelaburan ini mewakili keyakinan berterusan Google di pejabat sebagai tempat untuk kerjasama dan hubungan secara peribadi,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

    Syarikat itu menjangkakan kira-kira satu perlima daripada tenaga kerjanya akan terus bekerja dari rumah akibat perubahan yang disebabkan oleh pandemik kepada kerja.

    “Kami mendapat keistimewaan untuk beroperasi di UK selama hampir 20 tahun dan pembelian bangunan Central St Giles kami mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap pertumbuhan dan kejayaan negara,” kata Ruth Porat, ketua pegawai kewa-ngan kumpulan induk Google Alphabet.

    “Tumpuan kami kekal pada mencipta ruang kerja fleksibel yang memupuk inovasi, kreativiti dan terangkum.”

    Pembelian itu adalah sebahagian daripada pengembangan Google yang lebih luas di tengah London, di mana ia juga sedang membina pembangunan yang besar.

    Google akhirnya akan mempunyai kapasiti untuk 10,000 kakitangan di UK, meningkat daripada 6,400. – AFP

    Google bersetuju untuk membeli kompleks bangunan pusat London dengan harga AS$1 bilion. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...