Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Guru tuntut sekolah dibuka

    KATHMANDU, NEPAL, 6 FEB – Sekolah-sekolah di Nepal hari ini menuntut kerajaan membuka persekolahan fizikal yang telah ditutup selama berminggu-minggu ketika jumlah kes COVID-19 mulai berkurangan.

    Guru-guru berkata pendidikan secara online adalah sangat terhad dengan hanya sebilangan kecil penduduk tinggal di kawasan bandar di negara Himalaya itu sementara majoriti pelajar telah terhalang peluang mereka untuk belajar.

    Jumlah kes koronavirus yang dimarakkan oleh varian Omicron telah memuncak pada minggu lalu namun semakin berkurangan beberapa hari kebelakangan ini.

    “Kami sedia untuk membuka sekolah-sekolah, para pelajar teruja untuk kembali bersekolah, ibu bapa sedia untuk menghantar anak-anak mereka dengan jumlah kes virus menurun, oleh itu tidak ada sebab bagi kerajaan untuk terus menyekat sekolah-sekolah,” kata Presiden Persatuan Sekolah-sekolah Swasta dan Asrama Nepal, Tika Ram Puri.

    Puri berkata mereka mahu sekolah-sekolah untuk dibuka semula minggu depan.

    “Standard pendidikan semakin teruk dan para pelajar mendapat idea salah mengenai pendidikan dalam negara disebabkan penutupan sekolah-sekolah yang kerap dan lama,” kata Sangina Gomja, guru sekolah sains.

    Menurutnya lagi, pelajar-pelajar di kampung-kampung tidak mendapat pendidikan dalam tempoh dua tahun lalu.

    “Sekolah-sekolah seharusnya dibuka tidak lama lagi kerana kami pelajar berdepan banyak masalah seperti gangguan internet, bekalan elektrik putus, gangguan di rumah dan kami tidak dapat belajar dengan betul,” kata pelajar gred 12, Rubita Karki.

    “Sekolah perlu dibuka tetapi perlu menerapkan langkah-langkah keselamatan seperti mewajibkan pelitup muka dan penggunaan sanitasi,” ujarnya lagi.

    Nepal telah memvaksin penuh 52 peratus penduduknya yang termasuk pelajar dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

    Ia telah melaporkan lebih 1 juta kes koronavirus dan 11,803 kematian sejak pandemik bermula. – AP

    Pelajar Nepal semasa berbaris di sebuah sekolah sempena festival Shri Panchami di Katmandu, Nepal pada 6 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...