Thursday, May 9, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Hamidin, Infantino bertukar idea

    KUALA LUMPUR, 7 OKT – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino di Doha, Qatar, malam tadi.

    FIFA dalam kenyataannya berkata antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan pelbagai projek pembangunan bola sepak di Malaysia, dan kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar yang dijadualkan bermula pada 20 Nov dengan perlawanan antara negara tuan rumah dan Ecuador.

    Kedua-dua pemimpin sukan bola sepak itu turut berbincang bagaimana Piala Dunia dapat digunakan sebagai pemangkin, bukan hanya untuk memberi inspirasi kepada sesebuah negara atau rantau, malah seluruh benua, dan akhirnya membantu meningkatkan daya saing global.

    “FAM terlibat secara aktif dalam program FIFA Forward – mekanisme yang menyaksikan FIFA mengagihkan pendapatannya kepada 211 anggota persatuan bagi membantu projek pembangunan bola sepak – dan kedua-dua presiden turut meninjau pelbagai usaha yang dijalankan untuk pembangunan bola sepak sehingga kini.

    “Ia termasuk sokongan berterusan futsal dan liga wanita di Malaysia, serta pengubahsuaian ibu pejabat dan pusat latihan FAM baru-baru ini – termasuk pemasangan padang sesuai untuk semua cuaca. -Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...