Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Sarawak destinasi pertama di Asia, tuan rumah PDC

    KUCHING, 7 OKT – Sibu di Sarawak akan menjadi destinasi pertama di Asia sebagai tuan rumah Persidangan Reka Bentuk Penyertaan (PDC) pada 2024 yang akan dianjurkan oleh Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

    PDC 2024 ialah persidangan antarabangsa terkemuka untuk membincangkan penyelesaian bagi produk  reka bentuk, perkhidmatan dan sistem sosioteknikal, meliputi struktur, peranan dan hak dalam sistem yang melibatkan manusia dan teknologi berfungsi bersama.

    Dengan tema Reaching Out: Connecting Beyond Participation, persidangan itu akan mengimbau kembali penyelidikan dan inisiatif tiga dekad perubahan tatkala teknologi maklumat dan komunikasi menjadi wadah yang mencabar untuk mengekalkan nilai tertentu sebagai satu set alat penting untuk menyokong inisiatif bagi perubahan.

    Persidangan itu bertujuan mengembangkan kerjasama baharu dengan komuniti penyelidik, pihak berkepentingan dan pengamal di dalam dan luar negara, manakala model komunikasi dan pembentangan baharu akan diterokai untuk mewujudkan hubungan dengan komuniti akademik, aktivis, pengamal dan orang yang berminat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...