Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Seramai 148 pemain golf mengambil bahagian Kejohanan Piala NBT Lexus 2023 dalam dua hari yang berakhir hari ini.
Acara tersebut yang disahkan oleh Persatuan Golf Brunei Darussalam (BDGA), diadakan di Padang Golf The Empire Brunei.
Kejohanan tersebut diadakan sebagai penghargaan kepada pemilik kereta Lexus yang telah menyokong NBT (Brunei) Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi jenama tersebut di negara ini.
Presiden BDGA, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Hakeem turut hadir sebagai tetamu kehormat dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Pengarah Urusan NBT, Haji Ahmad Omar bin Pehin Dato Haji Husin menjelaskan bahawa kejohanan itu adalah eksklusif untuk pemilik kenderaan Lexus sebagai penghargaan kepada mereka.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang berlangsung di Indera Samudera Hall, The Empire Brunei, di mana cek bernilai $10,000 telah diserahkan kepada YASKA, sebahagian daripadanya adalah hasil yuran pendaftaran pemain golf.
Chong Chee Soon menjadi pemenang Keseluruhan Nett dengan 69 pukulan, manakala Lai Suan Loong memenangi Keseluruhan Gross dengan 76 pukulan.
Faiz Damit memenangi kategori lelaki terbuka A, sementara Haji Ahmad Omar memenangi kategori lelaki terbuka B. Jean Lim memenangi kategori wanita dengan 69 pukulan, manakala Joe Choo menjadi pemenang kategori senior dengan 65 pukulan.
Selain itu, majlis penyampaian ha-diah turut dihiasi dengan cabutan bertuah, di mana pelbagai hadiah menarik seperti tiket penerbangan ke Jepun, mesin urut Gintell, iPhone 14, televisyen Samsung, MacBook Air, iPad Pro, jam tangan Swatch Omega, barangan elektronik Smeg, permainan Sony PS5, dan banyak lagi, ditawarkan kepada para pemain yang menyertai kejohanan itu.