Thursday, May 9, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Hana Boyz juara Kejohanan Bola Keranjang Remaja Master G

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 25 SEPT – Selepas berminggu-minggu berentap antara satu sama lain, Hana Boyz muncul sebagai pemenang dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Keranjang Remaja Master G 2022 yang diadakan pada malam 23 September lalu.

    Kejohanan yang bermula pada 9 September, tiga pasukan yang terdiri daripada Hana Boyz, Gold United, dan Master G bersaing antara satu sama lain dalam format round-robin, dan pasukan tersebut telah ditetapkan ranking berdasarkan jumlah kemenangan yang diperolehi.

    Pada akhir kejohanan, Hana Boyz memenangi tiga daripada empat perlawanan dan muncul sebagai juara, manakala Master G meraih tempat kedua dan Gold United di tempat ketiga.

    Selain piala dan pingat yang diserahkan kepada pasukan masing-masing pada akhir pertandingan, beberapa MVP dan anugerah turut disampaikan. Ini termasuk pasukan yang memiliki disiplin terbaik sepanjang kejohanan yang dianugerahkan kepada Gold United, pemain dengan jersi nombor 16 Jonathan Lim dari Hana Boyz telah memenangi anugerah MVP B21 manakala Chan Yung Ken dengan jersi nombor 8 dari Master G telah dianugerahkan sebagai MVP untuk B18.

    Bercakap kepada Jonathan setelah menerima anugerah MVP, dia menyatakan bahawa ini adalah MVP pertamanya dan dia berbesar hati dan gembira menerima anugerah itu walaupun mengalami kecederaan lutut sejurus sebelum pertandingan.

    Walaupun dia menyedari bahawa kecederaan itu telah menjejaskan cara dia bermain, dia juga berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh pasukannya sepanjang pertandingan, yang memastikan dia memperoleh anugerah itu walaupun kurang beraksi dengan baik semasa pertandingan.

    Kejohanan anjuran Master G Collection dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) itu bertujuan memberi peluang kepada peminat bola keranjang di daerah tersebut untuk mengasah kemahiran mereka.

    Jonathan Lim (tengah) dari pasukan Hana Boyz yang dianugerahkan sebagai MVP B21 bergambar bersama ahli Jawatankuasa Kejohanan Bola Keranjang Remaja Master G 2022, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...