Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Heat tumpaskan sixers lagi

    LOS ANGELES, 5 MEI – Pemain pilihan utama Miami Heat menewaskan Philadelphia 76ers 119-103 kelmarin untuk mendahului 2-0 dalam satu daripada tujuh siri play-off terbaik saingan Eastern Conference mereka.

    Bam Adebayo menjaringkan 23 mata dan menambah sembilan rebounds manakala Jimmy Butler menyumbang 22 dan 12 assist ketika Heat sekali lagi membuktikan mereka terlalu kuat untuk pasukan Sixers yang kehilangan bintang Joel Embiid, yang mengalami konkusi dan keretakan tulang orbit dalam kemenangan Philadelphia ke atas Toronto Raptors.

    Tyrese Maxey menjaringkan 34 mata tertinggi permainan untuk Philadelphia, Tobias Harris menambah 21 mata dan James Harden pula menyumbangkan 20 mata.

    Juara penjaring tiga kali, Harden hanya menjaringkan empat mata pada separuh masa kedua, ketika Heat, yang ketinggalan seketika pada suku pertama tetapi mendahului 60-52 pada separuh masa untuk melakar kemenangan.

    Tyler Herro, pemain keenam liga tahun ini, menjaringkan 16 daripada 18 mata pada separuh masa pertama dari bangku simpanan dan membuat tiga daripada lima percubaan tiga mata untuk Miami. Victor Oladipo pula diturunkan dari bangku simpanan untuk menjaringkan 19 mata. Sementara itu, Sixers bergelut dari jarak tiga mata, menghasilkan hanya lapan mata daripada 30 percubaan mereka.

    Pemain hadapan Miami, Kyle Lowry terlepas perlawanan keempat berturut-turut kerana kecederaan hamstring kiri, namun Butler berkata masalah dan kecederaan yang dihadapi sepanjang musim itu bermakna ramai pemain akan bersedia untuk bangkit.

    The Sixers akan memerlukan lebih daripada sokongan peminat di Philadelphia, tetapi tidak jelas bila Embiid akan kembali. Dia mesti melengkapkan pemulihan protokol konkusi tambahan dengan meningkatkan aktiviti fizikal dan latihan beransur-ansur, sebelum dibenarkan beraksi semula. – AFP

    Jimmy Butler semasa melakukan dunk dalam separuh masa kedua dalam Perlawanan Kedua Separuh Akhir Eastern Conference kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...