Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Hujan lebat, banjir korbankan 11 jiwa

    GUWAHATI, INDIA, 17 MEI – Sekurang-kurangnya 11 orang terkorban dalam kejadian banjir dan tanah susur disebabkan hujan lebat di kawasan pedalaman bahagian timur laut India, menurut pegawai hari ini.

    Beberapa buah stesen kereta api tidak berfungsi disebabkan banjir, kata Nazreen Ahmed, pegawai kanan pentadbiran di Assam, daerah Dima Hasao. Dia berkata hampir 200,000 orang di daerah itu terputus hubungan dengan wilayah-wilayah lain, dan jalan-jalan raya serta jambatan menuju ke tempat itu sama ada terhalang oleh tanah susur dan dihanyutkan.

    Pihak tentera mengerahkan helikopter untuk membantu usaha-usaha menyelamat.

    Pegawai berkata empat orang terkorban kelmarin berikutan hujan lebat dan tanah susur di negeri Arunachal Pradesh. Dua lagi meninggal dunia apabila rumah mereka runtuh di ibu negeri Itanagar, dan dua lagi pekerja pembinaan jalan raya maut disebabkan tanah runtuh dalam kejadian berasingan.

    Sementara itu, empat lagi dilaporkan terkorban di negeri berjiran Assam.

    Jabatan Kaji Cuaca India meramalkan turunan hujan lebat hingga ekstrem di wilayah berkenaan bagi tempoh empat hari akan datang.

    Kejadian tanah susur dan banjir sering berlaku di bahagian utara Himalaya, India. Para saintis berkata kejadian tersebut akan berlaku dengan lebih kerap di mana pemanasan global menyebabkan pencairan glasier di kawasan tersebut.

    Pada 2020, banjir kilat membunuh hampir 200 orang dan menghanyutkan rumah-rumah di negeri Uttarakhand. Pada 2013, beribu-ribu orang terkorban dalam kejadian banjir di sana. – AP

    Penduduk tempatan meninjau kawasan yang terjejas dengan kejadian tanah susur selepas hujan lebat di daerah Dima Hasao. Sekurang-kurangnya 11 orang terkorban dalam kejadian banjir dan tanah susur yang disebabkan oleh hujan lebat di kawasan pedalaman bahagian timur laut India. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...