Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Ikan paus tersangkut berjaya dilepaskan

    HONOLULU, 16 FEB – Seekor ikan paus humpback betina yang berenang bersama ikan paus jantan dan anak telah dibebaskan selepas ia ditemui terbelit dalam tali kail yang dipenuhi dengan serpihan laut.

    Ikan paus itu dibebaskan baru-baru ini ketika berenang di Pusat Perlindungan Ikan Paus Humpback Pulau Hawaii di luar Maui, kata Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional dalam satu kenyataan semalam. Anak ikan paus dan bapanya tidak terbelit.

    Terdapat tali kail sepanjang lebih 152 meter yang terbelit di kepala ikan paus itu.

    “Sejurus dilepaskan, ibu dan anak paus segera berehat, dengan anak ikan paus itu menyentuh dagu ibunya. Respons yang berjaya itu menambah peluang hidup untuk ibu dan anak paus berkenaan,” kata NOAA dalam kenyataan.

    Tali kail itu disangkut dengan pelbagai jenis serpihan laut yang berkumpul di perairan sekitar Hawaii.

    “Serpihan termasuk puluhan jenis tali dan jaring,” menurut kenyataan, dengan sekurang-kurangnya 30 tali setebal 3.8 sentimeter. “Sementara peralatan itu tenggelam dan tidak dapat dikesan, pasukan menyelamat memperoleh dokumentasi penting tentang peralatan yang dibuang untuk menentukan asal-usulnya.” – AP

    Gambar serahan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional menunjukkan ikan paus humpback yang terbelit di Pusat Laut Ikan Paus Humpback Pulau Hawaii di luar Maui. Ikan paus tersebut berjaya dibebaskan baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...