Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Imarah masjid dengan aktiviti berfaedah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Dalam usaha mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti berfaedah yang membangun jiwa dan minda sebagaimana peranan masjid di zaman Rasulullah SAW, jawatankuasa takmir masjid dan Kumpulan Belia Syababus Salam, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien telah mengadakan Walkaton Ilal Hijrah yang bermula dan berakhir di masjid berkenaan.

    Acara sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 itu juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Kumpulan Belia Syababus Salam, Muslimah dan jemaah masjid serta orang ramai.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali.

    Terdahulu acara diisikan dengan sembahyang fardu Subuh berjemaah dan diikuti dengan kuliah Subuh yang disampaikan oleh Dr Kamaru Salam Yusof.

    Walkaton didahului dengan senaman memanaskan badan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...