Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Indera Motors jual kereta Jaguar Land Rover ke-1,000

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar dan peruncit tunggal kenderaan jenama Jaguar Land Rover di Brunei telah menjual kenderaan ke-1,000 kepada seorang pelanggan bertuah, kelmarin, pencapaian pertama sejak Jaguar Land Rover dilancarkan di Brunei pada 2013.

    Pemilik bertuah itu telah membawa pulang Land Rover Defender baharu dan menerima hadiah daripada Indera Motors semasa acara penyerahan sempena meraikan kejayaan tersebut.

    Pengurus Besar Indera Motors Sdn Bhd, Alfred Yong berkata, “Ia adalah sambutan bukan sahaja untuk pelanggan kami yang bertuah tetapi untuk pengurusan kami dan pekerja syarikat yang telah membuat pencapaian kejayaan besar ini.

    “Kami juga mesti berterima kasih kepada semua pelanggan Jaguar Land Rover kami yang telah membeli jenama dan menjadi pemilik model ikonik kami,” tambahnya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, misi Indera Motors adalah untuk memberikan perkhidmatan dan pengalaman pelanggan yang cemerlang untuk semua pelanggannya.

    Dedikasi Indera Motors terhadap kepuasan pelanggan dan perkhidmatan berkualiti telah diiktiraf oleh Jaguar Land Rover Limited sejak beberapa tahun lalu.

    Alfred Yong dan kakitangan bergambar ramai dengan kereta unit ke-1,000 yang dijual oleh Indera Motors. – Gambar serahan Indera Motors
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...