Thursday, May 2, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Indonesia mulakan ujian klinikal vaksin Merah Putih

    SURABAYA, INDONESIA, 9 FEB – Indonesia telah memulakan ujian bagi vaksin COVID-
    19 yang dihasilkannya ke atas manusia hari ini, selepas mendapat kebenaran daripada pengawal atur ubat-ubatan ketika negara itu berdepan gelombang peningkatan kes.

    Penyelidikan terhadap vaksin ‘Merah Putih’, dinamakan sempena bendera kebangsaan Indonesia, itu telah dipimpin oleh Airlangga University dan Biotis Pharmaceutical Indonesia.

    Projek berkenaan telah berdepan penangguhan sejak bermula pada 2020, tetapi pihak berkuasa kini berharap untuk membenarkan penggunannya menjelang pertengahan 2022 jika percubaan-percubaan berjaya.

    Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata bahawa vaksin tersebut, dijadualkan diberikan dalam peringkat akhir kempen vaksinasi Indonesia, boleh disumbangkan kepada negara-negara lain, sebagai suntikan penggalak atau vaksin untuk kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun.

    “Saya telah membincangkan perkara ini bersama presiden dan beliau telah bersetuju untuk menggunakan vaksin ini sebagai sumbangan kepada negara-negara yang memerlukan,” Sadikin berkata hari ini pada satu acara pelancaran bagi percubaan manusia di Surabaya.

    Fasa pertama dan kedua percubaan klinikal itu akan masing-masing melibatkan 90 dan 405 sukarelawan.

    Vaksin Merah Putih telah diberikan pensijilan halal daripada Majelis Ulama, badan keagamaan tertinggi di negara yang majoritinya Muslim itu, menurut Dekan Air-langga University, Mohammad Nasih.

    “Kami berharap dengan sijil halal ini, keyakinan orang awam untuk menggunakan vaksin ini akan lebih tinggi,” Nasih memberitahu pemberita.

    Indonesia telah meluluskan 13 vaksin dan penggalak tetapi lebih banyak menggunakan vaksin buatan China, dan telah bergelut untuk mendapatkan dos yang mencukupi bagi penduduknya seramai lebih 270 juta. – AFP

    Seorang petugas kesihatan menyediakan suntikan vaksin di sebuah sekolah rendah Islam di Banda Aceh, semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...