Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Indonesia, Singapura desak Myanmar segera laksana 5 konsensus

    JAKARTA, 1 FEB – Memandangkan hari ini genap setahun rampasan kuasa tentera di Myanmar, Indonesia dan Singapura mengecam keras kudeta itu dan menggesa junta tentera untuk segera melaksanakan Konsensus Lima Perkara (5-PC).

    Tentera Myanmar perlu segera memberi akses kepada duta khas ASEAN untuk memulakan tugas berdasarkan mandat pemimpin-pemimpin ASEAN, kata Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan.

    “Sebagai sebuah keluarga, ASEAN telah menghulurkan bantuan melalui 5-PC. Malangnya, setakat ini, belum ada kemajuan yang ketara dalam pelaksanaan 5-PC,” menurut kenyataan itu.

    Indonesia juga akan terus menghulurkan bantuan, kata kementerian itu, sambil menambah bahawa keselamatan dan kesejahteraan rakyat Myanmar menjadi keutamaan negara itu.

    Negara terbesar di Asia Tenggara itu juga menghargai sokongan masyarakat antarabangsa terhadap 5-PC ASEAN untuk menangani krisis di Myanmar.

    Pada 23 Januari, Presiden Joko Widodo meluahkan rasa kesal kerana junta tentera “tidak komited untuk melaksanakan 5PC semasa lawatan Perdana Menteri Kemboja dan Pengerusi ASEAN Samdech Techo Hun Sen bulan lepas.

    Kekecewaan itu disampaikan semasa panggilan telefonnya dengan Hun Sen atas permintaan kerajaan Kemboja. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...